Meletak jawatan tahun 2011 ( Sempat 17 tahun dalam perkhidmatan ).
Mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam secara opsyen.
Mata pelajaran secara menerima tugas ialah Bahasa Arab, Geografi dan Sejarah Tingkatan 6.
Menerima tugas sebagai Ketua Guru Disiplin selama 13 tahun.
Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008.
Sekolah – Sekolah pernah bertugas
Tahun 1992 – SMK Landas, Ajil, Terengganu ( Guru Ganti )
Tahun 1992 – 1993 SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor ( Guru Sandaran Tidak Terlatih )
Tahun 1993 – 1994 Menyambung pelajaran Diploma Pendidikan.
Tahun 1994 – 1998 SMK Kinabutan, Tawau, Sabah. Penempatan pertama sebagai Guru Terlatih.
Tahun 1999 – 2003 SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak, Perak.
Tahun 2003 - 2005 SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak.
Tahun 2005 – 2005 SMK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.
Tahun 2005 – 2007 Sambung belajar ke peringkat Sarjana Kepengetuaan di IAB & UM
Tahun 2007 – 2011 SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, Perak.
Tahun 2011 – Meletak Jawatan 1hb Ogos 2011.
Tugas – tugas lain di Peringkat PPD / JPN / KPM
Penceramah Motivasi Nadwah Kepimpinan Pelajar Peringkat Kebangsaan
Jurulatih Utama Dakwah KPM
Jurulatih Pengurusan Tingkah laku dalam Kurikulum KPM
Jurulatih Utama Dakwah JPN Perak
Jurulatih Utama Kurikulum JPN Perak
Hakim Syarahan Agama Peringkat Negeri
Setiausaha Silat Daerah
Guru Pembimbing Silat Daerah
Penceramah motivasi ke sekolah-sekolah berdekatan.
PENGALAMAN KERJAYA PENSYARAH BEBAS / MOTIVATOR
Tahun 1994 – 2003 : Bermula dengan hanya menyampaikan motivasi di sekolah sendiri sahaja.
Dalam tempoh itu juga mendapat jemputan dari kalangan sekolah – sekolah berdekatan
Tahun 2004 Mula menjalankan aktiviti menyampaikan motivasi secara professional sehinggalah sekarang sudah menyampaikan kepada ratusan ribu pelajar. Sila rujuk senarai program yang terdapat pada menu senarai client mengikut tahun – tahun yang sudah disusun secara teratur. Bilangan sekolah yang menyertai melebihi 1,000 buah sekolah. Kalau secara purata setiap sekolah menyediakan 300 orang peserta, makanya secara matematiknya bilangan pelajar yang sudah menyertai ialah 300,000 orang bahkan lebih dari itu sebenarnya.
Selain pelajar, antara pihak lain yang pernah mendapat sentuhan motivasi Ust Mohd Sopian ialah :
Sektor Awam iaitu Jabatan – Jabatan Kerajaan Pusat
Sektor Awam iaitu Jabatan – Jabatan Kerajaan Negeri
Syarikat – syarikat Jualan Langsung ( MLM )
Syarikat – syarikat Insurans / Takaful
Syarikat – Syarikat Swasta
Para banduan di penjara ( Kuliah tetap Penjara Tawau, Sabah )
Tahun 2016 Dilantik sebagai DUTA kepada kumpulan syarikat – syarikat korperat yang bertujuan menjalankan khidmat sosial menerusi kaedah Corperate Social Responsibility ( CSR ) untuk sekolah - sekolah sahaja.
Bermulalah era penyampaian motivasi ke sekolah - sekolah tidak perlu dibayar oleh pihak sekolah sebaliknya sudah siap ada penaja yang akan menaja dan membayar.
Kaedah mudah mewujudkan win – win situation
Pihak sekolah dapat melaksanakan program secara percuma, tidak perlu fikir tentang budget / Duit
Pihak pelajar / murid / Ibu bapa / Guru akan dapat ilmu
Pihak motivator akan dapat pendapatan melalui 100% claim terhadap syarikat – syarikat Penaja
Pihak Penaja akan dapat melaksanakan pelepasan ( Deduction ) Cukai pendapatan melalui CSR.
PENGALAMAN KERJAYA KEUSAHAWANAN
PENGARAH AGENSI KUMPULAN ETIQA TAKAFUL BERHAD
Tahun 1994 mula menduduki Peperiksaan Kelayakan untuk menjadi agent Insurans
Bermula menjadi agent berdaftar bagi syarikat The Great Eastern Life dan beroperasi di Tawau, Sabah
Tahun 1996 Muncul dalam senarai Agent Top 10 Sabah. Sekali pun berada di tempat yang ke 9 tetapi merupakan satu – satunya agent Melayu yang tersenarai dalam kategori Top 10 tersebut. Rakan – rakan lain ialah bangsa Cina.
Tahun 2003 Berhijrah dari syarikat Insurans ( Konvesional ) kepada Syarikat Takaful ( Islamik ). Sebelum ini belum ada syarikat sebagai moderator dalam bidang Takaful. Apabila sudah ada, mengambil kira keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, maka Syarikat Takaful Nasional ( Sekarang dikenali sebagai eTiQa Takaful ) menjadi platform selanjutnya dalam bidang ini.
Tahun 2005 Berjaya naik pangkat sebagai Agency Manager ( Sekarang dipanggil Agency Director )
Tahun 2014 Berjaya naik pangkat tertinggi sebagai Pengarah Agensi Kumpulan @ Group Agency Director Syarikat eTiQa Takaful Berhad, Ahli Kumpulan Maybank
FOUNDER PRODUK SECARA ATAS TALIAN
Sejak tahun 2016 mula create 1 produk Wangian Kasturi Pemulihan Aura untuk dipasarkan sama ada secara online dan offline. Membantu orang berniaga tanpa modal melalui kaedah usahasama @ consignment. Sehingga kini terdapat lebih 50 buah stokist di seluruh negara.